Friday, February 8, 2013

Allah kasih hamba2Nya


firman Allah taala yg bermaksud;

"Wahai anak adam, jadilah khadam kepadaKu, sesungguh Aku mengasihi sesiapa yg berkhidmat kepadaKu dan Aku akan jadikan hamba2Ku berkhidmat kepadanya. sesungguhnya tidak akan mengetahui kadar mana yg telah engkau lakukan maksiatpada masa lalu dan pada masa yg akan datang. maka janganlah engkau lupa mengingatiKu. sesungguhnya Aku berbuat apa yang Aku kehendaki.

Sembahlah Aku kerana sesungguhnya engkau itu hamba yang hina dan Aku adalah tuhan Yang Maha Mulia.
sekiranya seluruh saudaramu dan org2 yg mencintaimu mendapati bau2 dosamu, dan mereka mengetahui daripadamu apa yang Aku ketahui nescaya mereka takkan duduk brsama menghampirimu.

maka bagaimanakah setiap kali ia (dosa) makin bertambah dan umur semakin berkurangan sejak tarikh kelahiranmu. wahai anak adam, sebenarnya keadaanmu itu seperti org yg pecah sampannya di tengah lautan kemudian terpaksa pulang dengan kepingan kayu, sedangkan disekelilingnya ialah ombak yg menggulung, maka engkau terlebih gawat daripada itu. oleh itu akuilah dosa2mu dan periksalah amalanmu.

wahai anak adam, sesungguhnya Aku memerhati kepadamu dengan kesejahteraan & Aku menutupi dosa2mu dan Aku tidak berhajat kepadamu dan engkau berhajat kepadaKu, tetapi engkau masih malakukan pelbagai dosa.

wahai anak adam, hingga bila engkau memujuk, engkau memakmurkan dunia sedang dunia itu binasa, engkau mengenepikan akhirat sedangkan akhirat itu kekal abadi. wahai anak adam, engkau memujuk hambaKu dan engkau takut kepada mereka.

wahai anak adam, sekiranya seluruh penduduk langit dan bumi memintakan ampun bagimu, adalah tersangat patut bg engkau, menangisi atas dosa2 engkau kerana engkau tidak akan mengetahui dalam keadaan bagaimanakah engkau akan bertemu denganKu.

wahai musa bin imran, dengarlah apa yang Aku katakan, kebenaranlah yg apa Aku katakan, sesungguhnya tidak beriman kepadaKu seorang hamba daripada hambaKu sehinggalah manusia merasa sentosa daripada kejahatannya, penzalimannya, tipu dayanya, ancamannya, penindasannya, dana kedengkiannya.

wahai musa katakanlah kebenaran yang datang dari Tuhanmu. oleh itu barangsiapa yang mahu, boleh beriman dan barangsiapa yang mahu dia blh kufur."

(petikan hadis Qudsi, kitab imam al-ghazali: al-Mawa'iz fil Ahadis al-Qudsiah).

No comments:

Post a Comment