Monday, October 28, 2013

perjalanan hidup manusia punya hikmah tersendiri

hidup manusia sehari2 sejak dia lahir smpai ke akhir hayat adalah sebuah novel kehidupan yg tersendiri. kisah novel yg tersendiri yg di'tulis' oleh Penulis yg Maha Agung.. kisah novel yg amat special kerana novel tersebut hanya blh dibaca exclusively oleh seorang pembaca.. hanya seorang pembaca ini sahaja yg layak & dapat membaca sepenuhnya novel tersebut; iaitu dirinya sendiri! andai ada org lain yg turut 'membaca' novel tersebut, mereka hanya mampu membaca sebahgian drp novel tersebut. bukan keseluruhan!

Dia Penulis yg Maha Agung! sejak drp Nabi Adam sampai umat akhir zaman, setiap makhlukNya ini punya kisah novel yg tersendiri! xda yg sama! hatta mereka adalah kembar..

Penulis yg Maha Agung. Pembaca exclusive (exclusive, the only full version reader).. ada sebahagian kisah yg Dia rahsiakan drp si pembaca.. IlmuNYA yg Maha Luas, xkan mampu terjangkau dek akal manusia..

Dia Penulis Agung yg Maha Teliti, Maha Halus, Maha Pengasih.. Dia Penulis yg Maha Hebat.. walau berapa byk sekalipun 'penulisan' yg telah dilakukanNya, tiada yg Dia terlepas pandang. setiap perkara diperinci. Maha Teliti. Maha Mengetahui. buat si 'exclusive reader', hayati, nikmati, & carilah hikmah dalam coretan kehidupan yg diberi.. kerana si Penulis Agung ini xkan menjadikan sesuatu dgn sia2.. agar dgn itu, dapat kau kenali Penulis yg Maha Agung itu..

i am the only full version reader/ exclusive full version reader of my own novel..


puisi: nilaian

sangat tinggi nilai harga ketaatan.. sangat tinggi nilai harga kebenaran.. tidak murah.. kerana syurga itu, sangat mahal harganya utk miliki.. utk didiami.. mampukah aku menggapainya?
sebuah kebenaran.. kadang nyawa jadi bayaran.. bukan satu, malah beribu..
harga sebuah ketaatan ketaatan pada yg Agung nilaiannya.. bukan sekadar secebis kata2 bukan sekadar 'tunaikan sahaja'
manusia kebanyakannya lebih pndai menghargai sesuatu saat kehilangannya atau saat apa yg dimiliki itu tergugat tapi sangat rugi jika yang hilang itu adalah nilaian tiket utk bertemuNya

Wednesday, October 16, 2013

HARGA SEBUAH KEMAAFAN

Berlumba-lumbalah untuk meminta atau memberi maaf. Tidak kisahlah mana pihak yang memulakan dahulu.
Harga sebuah kemaafan itu lebih bernilai daripada terus membangga diri dengan menyatakan "aku tidak bersalah apa-apa pun!"


KONSEP : FORMULA MAGNET

-ve + -ve  =  -ve
+ve + +ve  =  +ve + neutral



Bukankah Allah juga Maha Lembut dengan memaafkan kesalahan hamba-Nya?

"Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang miskin dan orang yang berhijrah di jalan allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."     (An-Nur :22)

Berlapang dada, minta maaf, dan maafkan kesalahan orang sekeliling kita sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak. Boleh cuba dari hari ni kan?
Jangan lupa maafkan semua orang sebelum kita tidur, baca doa sebelum tidur & ayat Kursi. Selamat malam!

Wassalam.