Wednesday, October 16, 2013

HARGA SEBUAH KEMAAFAN

Berlumba-lumbalah untuk meminta atau memberi maaf. Tidak kisahlah mana pihak yang memulakan dahulu.
Harga sebuah kemaafan itu lebih bernilai daripada terus membangga diri dengan menyatakan "aku tidak bersalah apa-apa pun!"


KONSEP : FORMULA MAGNET

-ve + -ve  =  -ve
+ve + +ve  =  +ve + neutral



Bukankah Allah juga Maha Lembut dengan memaafkan kesalahan hamba-Nya?

"Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang miskin dan orang yang berhijrah di jalan allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Allah Maha Pengampun Maha Penyayang."     (An-Nur :22)

Berlapang dada, minta maaf, dan maafkan kesalahan orang sekeliling kita sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak. Boleh cuba dari hari ni kan?
Jangan lupa maafkan semua orang sebelum kita tidur, baca doa sebelum tidur & ayat Kursi. Selamat malam!

Wassalam.

1 comment:

  1. sorry ade typing error.formula tu yang sebetulnya ialah...
    +ve + -ve = +ve + neutral

    ReplyDelete